About Myself

 Bismillahhir rahmanir rahim:

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
In the name of Allah, the beneficient, the merciful.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
May the peace, mercy, and blessings of Allah be with you.

Hi guys, I hope all of you have a wonderful day and in good health. Welcome to my first blog, we will creates lot of memories and histories here, I hope you guys will enjoy my blog.💓

Pertama kali diberi peluang kepada insan serba kekurangan ini untuk menjadi blogger dalam sekelip mata tanpa berfikir panjang. Alhamdulillah syukur kerana dapat peluang ini untuk berkongsi serba sedikit karya pertama aku yang diberinama karya philo-sophia. Aku tidaklah menjanjikan kesempurnaan dalam karya ini namun berilah aku peluang untuk menzahirkan dan meluahkan rasa tulus dari hati ini kepada anda semua yang sudi meluangkan masa berharga anda untuk membaca karya ini dari insan yang serba kekurangan ini.💖

"Hidup ini adalah perjalanan yang panjang, terpulang kepada kita untuk memilih jalan yang kita ingin tuju"




Inilah "aku" yang diberinama Muhammad Zarif Izham Bin Zainuddin, seorang insan yang serba kekurangan yang dahulunya seorang anak kecil yang tidak tahu apa itu erti kehidupan. Setelah tahun berganti tahun, masa berganti masa, saban hari anak kecil ini membesar dan mula kenal dan merasai erti sebenarnya kehidupan. Kadang-kadang aku rasa hidup ini tidak adil dan kejam, adakalanya aku rasa hidup ini begitu indah serta bukan sahaja mengembirakan aku tetapi semua orang. Namun aku sudah tahu inilah cabaran, halangan serta liku-liku kehidupan yang aku perlu lalui, sama ada aku suka atau tidak inilah realiti kehidupan yang sebenarnya.😊💓

Aku dilahirkan pada tanggal 8 oktober 1999 dari rahim seorang insan yang sangat mulia dan yang sangat aku sayang yang bergelar ibu. Dimanja,dibelai dan ditatang bagai minyak yang penuh membuatkan diri ini merasa bertuah dilahirkan kedunia dalam sebuah keluarga yang cukup sempurna bagiku,bekerja sebagai seorang guru pendidikan islam tetapi perlu bergelar ibu tunggal buat seketika waktu pasti sukar untuk ibu mengharungi kehidupan tetapi ibu tetap menghadiahkan senyuman kepada kami 2 beradik, sesungguhnya ibu seorangan insan yang kuat dalam menghadapi ujian yang allah berikan. Dengan memiliki seorang hero yang sebenar iaitu ayah, bekerja sebagai tentera udara berpangkat sarjan. Tidak kira panas mahupun hujan, siang atau malam bilau menabur bakti kepada negara serta gigih mencari rezeki untuk keluarga tercinta. Tetapi Allah lebih sayangkan ayah lalu ia dijemput untuk menghadap ilahi. Sesungguhnya perancangan Allah itu sempura lalu ia menghadikan insan yang bergelar ayah tiri untuk menyempurnakan keluarga kecil ini.

Aku merupakan anak pertama dari 2 beradik, mempunyai adik perempuan. Mereka semua merupakan insan terdekat dan insan yang aku sayang, aku pasti semua akan mengatakan perkara yang sama yelah siapa yang tak sayang family sendiri betul tak?. Salah satu sebab aku masih kuat dan bertahan menghadapi liku liku kehidupan ini adalah kerana mereka merupakan penyokong yang sentiasa ada dan tidak akan pernah berhenti untuk memberi semangat dan sokongan dalam apa sahaja yang aku lakukan. Jujur aku katakan aku teruskan pengajian aku ini juga adalah sebab ini adalah permintaan ibu yang ingin melihat aq teruskan pengajian dan menceburi bidang pendidikan sama sepertinya. Aku membesar dan berasal dari negeri yang cukup sinonim dengan gelaran "jelapang padi" ya aku berasal dari Alor Setar Kedah. Hospital Besar Alor Setar tempat aku dilahirkan menjadi saksi bahawa aku seorang hamba allah yang hina ini dilahirkan menjadi manusia yang sampai sekarang mencuba untuk menjadi insan yang baik disisinya.💓😊

Alhamdulillah aku masih bernafas sehingga kesaat ini dan detik ini yang mana aku sedang menulis karya pertama serta blog pertama aku pada umur 22 tahun. Perjalanan hidup aku hingga kehari ini jika dingatkan kembali pasti akan terukir senyuman diwajah aku kerna perjalanan yang panjang dan mungkin lain dari yang lain. Setelah tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia aku menyatakan hasrat untuk ke Pra-Universiti untun memduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia tapi sayang hanya 6 bulan sahaja aku menghabiskan masa aku di Pra-University. Aku memilih untuk ke IPTS dan ramai yang kata aku rugi tinggalkan tingkatan 6. Aku tidak menyesal kerana di tingkatan 6 lah aku dapat sertai pertandingan Forum Remaja yang mana aku telah berjaya mewakili sekolah aku dari peringkat daerah, negeri hingga ke kebangsaan dan alhamdulillah aku dan pasukan aku mendapat tempat ke-5 itu merupakan pencapaian yang terbaikan dan tidak akan sekali aku lupakan.

Jodoh aku di IPTS juga tidak lama hanya beberapa bulan sahaja kemudian diri ini aku bawa pulang ke utara tanah air dan menyambung pengajian aku di peringkat diploma di UITM Permatang Pauh Penang. Aku mengambil jurusan seni kulinari yang mengambil tempoh 2 tahun setengah dan akhirnya jodoh aku kekal di uitm sehingga aku tamat pengajian. Di uitm banyak ilmu serta pengalaman yang aku dapat sebagai insan yang bergelar mahasiswa institusi pengajian tinggi ini. Banyak juga kenangan indah suka dan duka yang aku cipta bersama rakan rakan untuk dijadikan ingatan hingga hari tua. Benarlah orang kata bahawa zaman yang paling indah dan menyeronokan bukanlah zaman kecil tapi zaman belajar, sesungguhnya aku sangat merindui semua rakan dan orang yang aku kenal ketika belajar. Jika ada rakan aku yang membaca blog ini aku nak bagi tahu aku rindu dan ingin mencipta lagi kenagan indah bersama anda semua.💓😊😢

Sekarang ini aku sedang meneruskan pengajian aku diperingkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dalam bidang Pendidikan Vokasional Katering. Aku percaya selama 4 tahun tempoh pengajian aku ini pasti banyak cabaran dan dugaan yang perlu aku hadapi sebagai mahasiswa tapi aku juga teruja kerana aku pasti mencipta lebih banyak kenangan yang akan aku simpan. Pengalaman serta ilmu yang bakal aku lalui ini akan aku manfaatkan sehabis baik untuk kegunaan masa hadapan serta untuk aku berkongsi dengan yang lain sebagai seorang pendidik jika ada rezeki nanti.💓😉

Terlalu asyik bercerita dan diulit kenangan sehingga aku lupa, hobi aku ada banyak sebernarnya. Antara hobi yang sering aku lakukan adalah menonton Kdrama atau Anime( kartun jepun). Hobi yang lain adalah membaca tak kesah ap sahaja yang blh dibaca aku baca tapi selalunya novel la dan sekarang aku suka membaca chinese novel yang sudah diterjemahkan dalam bahasa inggeris. Akhir sekali hobi aku adalah travel, hehehehe siapa ja yang tak suka travel btul tak? tipu lah klau kata tak suka tu. Aku suka travel tak kesah sama ada dalam mahupun luar negara tapi sekarang kita sedia maklum covid-19 kan so aku belum berkesempatan untuk cuti-cuti malaysia gitew. Maklumlah kalau bukan kita siapa lagi nak support local kan lagi pun ini negara kita, budaya kita, tanah tumpah negara kita, imej yang kita banggakan.💓🌏

Akan aku sertakan beberapa lagi gambar aku dalam ni time Forum, sekolah, diploma serta percutian bersama rakan rakan. Sorry ye kalau ade gambar yang tak cantik tu maklum la bukan bidang aku bergambar ni hahahahaha. Okay la guys bawah ni ade la sikit gambar ye, byebye guys staysafe ye jangan lupe jaga SOP ye semua, jumpa anda di lain hari ye...💓😊😘
















Comments

Popular Posts