TOPIC 1
Assalamualaikum, Hii guys. Sihat tak semua pembaca setia blog ni? aku harap semua sihat sejahtera dan happy bersama insan dan keluarga tersayang. So seperti yang korang semua teka yes i'm back dengan coretan baru tentang kenapa aku nak jadi seorang pendidik dan bagaimana pandangan aku terhadap falsafah terutamanya falsafah pendidikan. Maklum la dah nak jadi pendidik ni tak boleh lari la dari apa apa perkara yang ada sangkut dengan pendidkan tak begitu? so tanpa membuang masa ayuh kita mulakan pengembaraan ini.ππ
Aku boleh jamin bahawa time kita semua kecil-kecil dulu pasti menjadi seorang cikgu ni adalah salah satu dari cita-cita kita betul tak? tipu lah kalau tak ade. Dari kecik aku nak jadi cikgu sebab my mom pun seorang guru jadi sedikit sebanyak pengaruh untuk menjadi seorang pendidik itu ada dan sudah menjadi kebiasaan di asia ini seadainya ahli keluarga kita menceburi bidang pendidikan pasti ibu bapa kita nak anak mereka juga menceburi bidang pendidikan tersebut. Begitu juga dengan bidang undang - undang, kedoktoran, arkitek dan sebagainya pasti ibu bapa mereka mahukan anak mereka berada di bidang yang sama, bak kata drama melayu " papa mahu kamu ambik alih syarikat papa" jadi budaya ini sudah sinonim dengan kehidupan kita.ππ
Pada mulanya kita semua tidak tahu dan tidak pasti apakah itu cita-cita jadi ketika kita kecil begitu banyak cita-cita kita. Tapi semakin hari kita semakin berumur dan fikiran kita mula matang, pada ketika itu kita sudah tahu apakah itu erti sebenarnya cita-cita dan impian yang kita inginkan. Ternyata kalau jodoh tak kemana, dari kecil hingga dewasa minat dan cinta akan bidang pendidikan ini semakin mendalam ibarat api yang disimbah minyak. Tambahan pula jika menjadi seorang guru ni nanti banyak hadiah akan kita dapat maklum la setiap tahun kita sambut Hari Guru dan kita sebagai pelajar ini juga turut teruja sebenarnya untuk sambut hari guru ni, dan saya pasti kita sebagai pelajar ni sekali pun turut hafal dan nyanyikan sekali lagu Kami Guru Malaysia. Keputusan aku untuk menceburi bidang pendidikan ini juga merupakan hasrat ibu tercinta yang ingin melihat anak sulungnya menceburi bidang pendidikan sama sepertinya. Semangat dan dorongan yang diberikan oleh ibu yang membuatkan aku ingin teruskan perjuangan ini.ππ
Aku juga merupakan jurulatih untuk forum remaja di Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar. Selepas pasukan aku melayakan diri sehingga berada pada tangga ke-5 terbaik dalam malaysia aku terus menakbur bakti untuk melatih adik atau junior aku yang telah dipilih untuk berada dalam pasukan forum remaja.Semasa aku melatih mereka, aku mula sedar bahawa bukanlah mudah untuk menjadi seorang pendidik, kita perlu ada kesabaran yang tinggi serta semangat dan minat dalam apa juga bidang yang kita ceburi kerana jika kita tidak minat dan semangat kita rendah kita akan tertewas di pertengahan jalan. Disebabkan pengalaman dan pandangan mata kasar aku ini aku rasa sudah menjadi satu tanggungjawab kita untuk mendidik anak muda dari sekolah dengan cara yang tepat dan betul kerana sudah tentu kita inginkan generai yang mendatang ini generasi yang kita boleh harapkan untuk memajukan dan menaikan semula nama malaysia dipersada antarabangsa.ππ
FALSAFAH PENDIDIKAN
Apabila kita sebut falsafah ramai yang mengaku meraka tahu apa itu falsafah serta mereka katakan diri mereka berfalsafah tapi semuanya ibarat tin kosong yang jatuh lalu mengeluarkan bunyi bising. Pada mulanya aku tidak tahu apa itu falsafah dan aku juga berfikir kalau tak belajar mengenai falsafah ini tak boleh ke?. Tapi itulah orang kata tak kenal maka tak cinta, tak kenal maka tak tahu, setelah aku mula mengenali falsafah baru aku sedar bahawa kita perlu belajar dan tahu tentang falsafah dan jujur aku katakan bukan hanya untuk bidang pendidikan malah untuk semua orang perlu belajar falsafah demi kebaikan kita bersama untuk menjadi negara maju yang dipandang oleh orang lain.ππ
Falsafah bermaksud cintakan hikmah. Individu yang berfalsafah pula merupakan seorang yang suka untuk berfikir. Keadaan dimana seseorang itu mampu berfikir sebelum bertindak merupakan salah satu indikator individu tersebut seorang yang berfalsafah. Apa gunanya ilmu yang tinggi namun tidak mampu untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Sekiranya kita belajar dan mendalami ilmu tersebut semata-mata untuk mendapat gred yang baik dan untuk dipuji maka ilmu tidak digunnakan sehabis baik dan hilang pada suatu ketika.ππ
Kita perlu mengaplikasikan ilmu supaya ilmu tersebut benar benar digunakan sebaikan dan semaksimum yang boleh. Ilmu tidak seharusnya dimanfaatkan oleh seorang individu tetapi ilmu perlu dikongsi dengan semua kerana ilmu adalah pemberian kepada kita untuk kita gunakan bukan untuk kita simpan. Untuk menjadi seorang pendidik yang baik yang bagus kita perlu cintakan hikmah dan sudah pasti menjadi seorang pendidik kita perlu sentiasa berfikir untuk kebaikan bersama.ππ
Falsafah Pendidikan sebenarnya telah membuka hati dan corak pemikiran ini untuk lebih mencintai ilmu dan memahami banyak perkara yang terjadi dalam kehidupan seterusnya menjadikan kita individu yang lebih positif. Mengenalpasti falsafah yang mendominasi pemikiran dan perbuatan. Idealisma dan pragmatisma merupakan falsafah pendidikan barat yang mempunyai ciri paling mendominasi.ππͺ
Comments
Post a Comment