TOPIC 2

 TOPIK 2: WHO IS THE BEST TEACHER YOU HAVE EVER KNOW? WHAT QUALITIES RELATED TO PHILOSOPHY THAT MADE THIS PERSON A GREAT TEACHER?

 Hi semua hope yang membaca blog ini sihat semuanya dan dilindungi daripada covid-19 aamiin. Seperti yang anda semua nantikan saya kembali dengan coretan kedua yang perlu saya kongsikan dengan semua, pasti ramai yang dah rindu and tertanya kenapa la hilang lama sangat, tidak hilang pun cuma sibuk dengan tugasaan lain maklum la mahasiswa yang belajar atas talin ni dia busy sikit sebab susah untuk berkomunikasi dengan rakan yang lain. Jadi kita berhenti membebel dan ayuh ke coretan kali ini iaitu siapakah guru terbaik yang saya pernah kenal dan apakah kualiti beliau yang saya boleh relate kan dengan falsafah yang membuatkan beliau guru terbaik. Untuk pengetahuan pembaca yang baru hadir ke blog ini, blog ini menceritakan coretan saya yang perlu saya kongsikan bagi menyelesaikan tugasan saya untuk subjek Falsafah Pendidikan yang diajar oleh Dr. Sof. Takut lebih banyak membebelnya jadi jom la kita ke perenggan seterusnya.



Guru terbaik bagi saya ramai sebenarnya tapi disebabkan perlu pilih seorang jadi saya pilih Cikgu Azizah Mat Akhir, beliau merupakan guru kaunseling di sekolah menengah saya dan beliau masih lagi berkhidmat di sekolah tersebut hingga hari ini. Beliau merupakan seorang guru yang sangat mudah untuk pelajar dekati walaupun beliau tidak mengajar tetapi ramai murid suka dan rapat dengan beliau. Jujur saya katakan apabila kita dipanggil untuk ke bilik kaunseling pasti akan ada suara yang mengatakan kita ada membuat kesalahan atau ruang untuk pelajar meluahkan isi hati. walaupun terdapat dua guru kaunseling disekolah saya tetapi pelajar lebih selesa dan mudah untuk berkongsi apa sahaja cerita serta masalah dengan cikgu azizah. Hal ini membuatkan pelajar tidak kekok dan mudah untuk guru menyelesaikan atau mendengar masalah yang dihadapi oleh pelajar.

Telah banyak aktiviti yang telah kami lalui bersama, termasuk program dan kem luar sekolah. Disebabkan banyak aktiviti dan program yang dilakukan kami menjadi rapat dan merasa selesa untuk mengadakan "sesi membawang" atau berkongsi apa sahaja cerita.  Antara program yang paling saya ingati bawah bimbingan beliau adalah program MMU yang diadakan oleh Multimedia Universiti. Di program tersebut sya dan rakan saya telah membawa pulang gelaran juara dan naib juara untuk pertandingan idea kreatif and inovatif sekaligus mengharumkan nama sekolah. Program Explorace yang di adakan oleh pihak JPN KEDAH juga merupakakan program yang saya ikuti bersama cikgu azizah dan membawa pulang gelaran naib juara.

Sebagai Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah (PRS) sudah pasti diri ini dan bilik kaunseling tidak terpisah. Kem PRS peringkat daerah, negeri dan kebangsaan juga saya sertai bersama beliau. Banyak pengalaman dan ilmu yang saya dapat ketika bersama cikgu azizah dan ternyata ilmu itu sangat berguna dalam kehidupan seharian seperti, etika kerahsiaan, cara kita membaca gerak geri seseorang, cara kita baca situasi dan sekaligus menjadikan diri ini semakin matang dalam kehidupan.

Setiap kali cuti sem dari diploma lagi sudah menjadi rutin untuk saya berkunjung melawat beliau di sekolah dan seperti biasa sesi "membawang" akan terjadi. Mungkin pembaca kata "hmm apa ni membawang ja". Wahai pembaca, antara ilmu yang saya belajar dan ingin saya kongsikan ialah kita perlu ada tempat untuk kita berkongsi apa sahaja cerita atau masalah, kita juga tahu dunia sekarang terlalu ramai yang sakit mental akibat stress,depresi dan banyak lagi. Sesi membawang yang saya lakukan ini sedikit sebanyak akan buatkan kami rasa "cool" kita kena ingt, guru juga mempunyai tekanan mereka sendiri, mungkin kita belum sampai ditahap mereka tetapi sekurang-kurangnya kita cuba memahami apa yang dilakukan.

Guru ni macam ibu bapa kita juga, bila anaknya kerja jauh, belajar jauh, jarang pulang kerumah dia merasa kesunyian dan kita tahu kalu ada yang teman sekalipun orang itu tidak akan sama. Ibu bapa rasa gembira bila lihat anak-anak mereka pulang dan apa yang mereka buat? mereka bersembang, bercerita, masak sedap sedap. begitu juga guru bila kita melawat mereka pasti akan ada rasa terubat rindu dan akan mengimbau kenangan yang pernah dilalui bersama sekaligus dapat la guru itu berkongsi perkara yang mungkin dengan orang lain beliau tak kongsi.


Guys, anggaplah guru anda itu seperti ibu bapa anda, rakan anda, janganlah kita lupa akan guru kita yang pernah menabur bakti mengajar kita dan menjaga kita di sekolah. Kekadang mereka bekorban untuk pelajar kerana mahukan yang terbaik untuk kita. Ada guru pernah kata "guru ni dia jaga anak murid kadang tu lebih dari dia jaga anak sendiri". Jadi pembaca sekalian kalau anda berkelapangan pergi la melawat guru anda, sekarang covid tak boleh keluar rumah, hmm talefon kan ade, boleh call,chat dan sebagainya, buat buat tak pandai pulak eh pembaca ni. Jadi setakat ini dahulu nukilan kali ini, saya jumpa anda di topik 3 pulak ye hehehehe jangan lupa kita nantikan....mmuuaahh💓




Comments

Popular Posts