What is your plan to become a teacher with strong philosophy and how do you think you can achieve becoming one?
Assalamualaikum, Hii guys yeah im back hehehe... okay untuk topik kali ni ia merupakan topik terakhir untuk Karya Philosophia. Apa perancangan saya untuk menjadi guru yang berfalsafah dan macam mana la kan saya nak capai hasrat itu. Kepada pembaca yang baru saja "usya" blog saya ni selamat datang ye saye ucapkan hehehe moga nukilan nukilan saya ni sedikit sebanyak memberi manfaat juga kepada anda. Kepada pembaca setia juga terima kasih kerana masih turut setia bersama saya😍. Saya telah ceritakan mengapa saya nak jadi cikgu ni ha and saye juga dah berkongsi guru kegemaran saya and role model saya dalam bidang pendidikan ini. So guys jom kita teruskan perkongsian ini...
Guru berfalsafah = Guru cintakan hikmah. Menjadi guru yang berfalsafah ini bukan mudah tetapi ianya wajib untuk guru itu mempunyai falsafah kerana ia akan membantu guru itu mendidik. Ramai yang kata guru itu kerja yang mudah, tetapi pernah tak anda terfikir semudah manakah menjadi guru itu?. Saya pasti kalau ditanya anak anak kecil dari tadika sehingga mahasiswa yang berada di universiti apakah cita-cita atau pekerjaan yang ingin anda lakukan pasti mereka menjawab "nak jadi cikgu". Bukan sebab minat pun mereka nak jadi cikgu tu tetapi mereka nak jadi cikgu dengan alasan "kerja kerajaan, gaji tetap, cuti banyak, balik kerja awal, masa depan terjamin", ini yang menjadi sebab mereka nk jadi cikgu walhal mengajar rakan sendiri pun dah mengamuk sebab rakan tak faham.
Saya tidak salahkan mereka kerana perkara ini dah ditanam dalam fikiran kita dari kecil lagi oleh ibu bapa kita betul tak? tipu la kalau salah. "belajar rajin masuk U nanti boleh minta jadi cikgu senang terjamin gaji tetap tak susah" ni merupakan ayat yang selalu digunakan oleh ibu bapa kita betul tak? hehehe.. benar apa yang dikatakan tetapi kita kena ubah pemikiran kita sebab jadi guru bukan kerja mudah. Awak perlu mendidik orang ye, orang tu pulak mempunyai sifat yang berbeza dan pasti memerlukan kesabaran yang tinggi dalam mengajar.
Tekanan fizikal dan mental tidak lagi asing buat guru tambahan pula situasi covid sekarang yang memerlukan kita belajar online. kalau kita yang student ni pun stress apatah lagi guru. Ibu saya seorang guru dia bagi tahu budak budak sekolah rendah siap ada yang dah masuk darjah 2 tapi masih tak boleh membaca. Benar ada kebaikanya belajar online tetapi tetap ada keburukannya juga dan ini menjadi cabaran untuk guru juga kerana menjadi tugas mereka untuk memastikan murid itu bersedia sebelum naik ke darjah atau peringkat seterusnya.
Perkaitan Dengan Falsafah.
Falsafah pendidikan kebangsaan merupakan teras utama bagi pendidik. Aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek diperlukan demi melahirkan insan yang berkualiti yang akan menjadi asset negara. Terdapat dua jenis falsafah yang blh digunakan untuk menjadi guru yang berkualiti. Falsafah barat dan falsafah islam, kedua ini perlu digunakan bagi menjamin kualiti guru yang bakal melahirkan pelajar sesuai dengan matlamat kementerian pendidikan.
Antara falsafah barat yang ada dalam diri saya ialah idealisme dan pragmatisme ia merupakan aliran falsafah moden dan tradisional. Macam menarik kan ye la disambing kita mengejar arus kemodenan kita juga tidak boleh lupa adat tradisional kita ewah😂. Saya suka berangan ha and sering berfikir bak kata orang saya ni tempat untuk "brainstroming" ha gitew. Saya juga akan buat kerja berulang kali selagi tak dapat kita ualang cuba lagi ha bak kata orang muda " cuba,try,test". Sebagai contoh yang blh saye beri ialah ketika saya menyertai forum, saye akan menghafal point penting dan juga berfikir untuk jawapan soalan spontan dan saya akan gunakan imaginasi saya untuk membayangkan saya sedang berforum di khalayak ramai walaupun ianya baru latihan kerana ini salah satu cara saya nak mencapai matlamat saya dan menjadi juara ketika itu.
Untuk pragmatisme ia dapat disimpulkan kepada pengalaman. "pengalaman mendewasakan kita" uangkapan ini sudah jelas terbukti kita mampu mengatasi masalah jika kita telah ada pengalaman. Hal ini juga dapat kita lihat ketika kita menjalani temuduga untuk bekerja, majikan lebih memberi peluang kepada individu yang mempunyai pengalaman kerana ini lebih memudahkan urursan jika berlakunya masalah. Benar jika orang baru tidak diberi peluang mereka tidak ada pengalama tetapi tetap jelas menunjukan pengalaman itu penting. Sebagai contoh ketika pertama kali saya menyertai pertandingan forum untuk peringkat kumpulan saya tidak ada pengalaman dan hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa gementarnya saya ketika itu. Tetapi apabila di peringkat seterusnya saya telah mempunyai keyakinan untuk mengatasi gementar itu kerana saya telah laluinya tadi.
Terlebih dahulu wahai pembaca sekalian jangan salah faham ye, nama falsafah islam tetapi orang yang bukan islam juga boleh menggunakan falsafah ini. Falsafah islam ini saya simpulkan lebih lembut. Falsafah islam ini juga boleh digunakan dalam kehidupan kita sudah tentu kita akan belajar dan sebagi rakyat malaysia yang terkenal dengan sopan dan santunnya penting untuk kita beradap dan dalam agam islam juga ditekankan adap menuntut ilmu. Sudah tentu kita tidak mahu belajar jika guru atau murid tidak beradap betul tak?. Layanan juga perlu diberi sama rata tidak kira apa sahaja tahap seseorang itu kerana jika kita mengambil sikap pilih kasih pasti akan ada yang tersisih dan terabai sekaligus matlamat utama untuk pembelajaran tidak tecapai.
Cara Macam Mana Saya Mahu Menjadi Guru Berfalsafah
Saya faham setiap individu itu mempunyai cara yang berbeza atau falsafah yang bereza jadi sudah tentu saya perlu ambil tahu tentang ini kerana demi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan saya perlu tahu dan memahami pelajar terlebih dahulu. Saya perlu mempelbagaikan cara penyampaian dan teknik pengajaran saya supaya murid lebih seronok belajar. Penggunaan alat bantuan mengajar, unsur kecindan dan sentiasa tahu isu semasa juga penting untuk digunakan bagi menarik minat pelajar tetapi tidak boleh lari atau tersasar dari pembelajaran yang perlu dilakukan kerana kita ingt guru berfalsafah = guru cintakan hikmah💓.
Aktiviti diluar kelas juga memainkan peranan yang penting ya dalam mengajar kerana ia dapat mendedahkan pelajar dan sekaligus membuat mereka berfikir lebih mendalam tentang apa yang dipelajari. Mungkin ade yang kata sekarang covid belajar online je, guys kalau korang nak tahu ade tempat yang sedikan "virtual tour" tau haaa kan menarik tu student dapat jugak melawat tempat yang berkaitan untuk menambahkan ilmu mereka walupun hanya dalam talian. Cuba bagi tahu sikit sape je yang tak suka pergi lawatan betul tak?. Aktiviti berkumpulan juga boleh dilakukan kerana ini bukan sahaja dapat memudahkan pelajar malah mengalakan mereka untuk menghasilakan idea yang lebih kreatif.
Jika ditakdirkan saya bergelar guru sudah tentu saya ingin mencorakan pelajar saya supaya menjadi pelajar yang berkualiti atau bahasa kampungnya "menjadi manusia". Seperti dalam falsafahm kebangsaan, saya perlu memastikan segala aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek tercapai. Saya akan menyelitkan falsafah dalam pembelajaran mereka supaya mereka mempunyai jati diri yang baik dan matang dalam membuat sebarang keputusan. Hal ini perlu dipandang serius kerana jika pelajar tidak berfikir dahulu sebelum membuat keputusan mereka mungkin akan terjebak dengan gelaja negatif kerana kita tahu pelajar selalunya mudah terpengaruh dengan perkara yang tidak baik.
Kesimpulanya, semua pihak perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing kerana jika ingin melahirkan generasi yang berkualiti, bukan sahaja guru yang perlu diberi tugas ini tetapi ibu bapa, masyarakat, ngo, kerajaan perlu memainkan peranan mereka. Hari demi hari cabaran itu lebih mencabar dan jika hanya berharap pada guru itu merupakan perkara yang mustahil. Saya telah beri tahu guru kini mempunyai tekanan yang tinggi bukan sahaja fizikal malah mental dan kita juga lihat sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu manjakan anak mereka sehingga menyalahkan guru walaupun itu salah anak mereka sendiri. Banyak perumpamaan melayu boleh digunakan untuk situasi ini, dan yang paling kerap digunakan ialah "kain putih" kerana kita semua bakal mencorakan pelajar tersebut dan memang terbukti semua pihak perlu memainkan peranan mereka. Saya berharap jika juga bakal menjalankan tanggungjawab dan peranan saya jika saya bergelar pendidik.
Sekian dari saya, nukilan terakhir Karya Philosophia buat anda. Moga dengan nukilan ini membari manfaat kepada anda dan juga saya untuk terus kekal bersemangat mencapai impian ini untuk bergelar pendidik sekaligus melahirkan generasi yang berkualiti. "Remaja Hari Ini Adalah Cerminan Masa Hadapan" bersama kita berjuang demi generasi terbilang dan negara tercinta. Tanah Tumpah Darahku.
Comments
Post a Comment